MJ Cakap Ko ensem ari ni

Hari ni aku lambat lagi pegi kerja. seb baik sebab semalam anak aku yang kecil jatuh masa buat diving ala Pandalela Renong (betul tak nama budak tu aku eja kat sini). So, ade alasanlah dia tak payah pergi sekolah. Tersagat sikit je lutut dia tu. Tapi biasalah “drama” nyer lebih. Jadi hari ni aku isytiharkan hari cuti sedunia untuk dia… Seronoklah dia.

Hhhhmmm…. berbalik pada citer Necktie ni.. aku sampai ofc tepat2 jam 8.30 pagi. tak sempat lah nak minum air ke ape, terus kejar pintu bilik si Pendek ni… boleh tahu dia dah ade dalam bilik ke tak? dia tidur ke or tengah baca newspapers… (Betapa efficient nye aku… sampai boleh agak ape dia buat kat dalam bilik tu) — sebenarnya boleh intai dari luar, tapi kena tahu caranya, walaupun langsir bilik tu tertutup rapat. Kalau dia tidur, dia memang suka tidur kat langsir membelakangkan “workstation” aku. so, boleh nampak bayang2 kepala dia kat belakang langsir tu. itu je sebenarnya pun… tak lah hebat mana pun si Pendek ni…

Sebelum masuk bilik dia, aku akan baca “Bismillah banyak2″… takut tetiba kene terjah sebab ganggu dia kat dalam bilik. Memang orang kat luar bilik semua tahu, bila aku nak masuk je, mcm ala2 menjampi… Mood si Pendek ni kadang2 unpredictable.. maklumlah orang dah “overdue”… kali ni aku tak cakap banyak, terus je masuk, ambil jug + glass kosong dia, beredar dari situ. Bila keperluan si Pendek ni dah selesai, aku pun baru boleh buat kerja lain. itulah antara tugasan harian aku di pagi waktu…

Tengah aku sibuk2 buat kerja tetiba terlanggar MJ yang pun sibuk dgn routine hariannya… terus MJ sound aku… “Weyh, kak… aku tengok Pendek ko tu ensem pulak ari ni…” Aku pun macam haram je menjawab “Iye ke? tak perasan pulak… nanti aku bagitau dia.. tengok dia punya response.. “Janganlah kak… nanti ko ni bukannya betul, ko sebut nama aku, malulah aku..” MJ merungut… “Ala… ape sangatlah kalau kita2 ni yang cakap dia tu ensem… dia tak pandang pun kita…” aku memenangkan MJ.

Documents yang diminta olehnya pun aku dah siapkan. Masuk saje dalam bilik dia, aku terus cakap “Boss, ramai orang cakap you handsome hari ni, betul ke?” — lepas tu baru aku terpikir… “Alamak, ayat tak boleh blah betul.. mesti kene kejap lagi”… Necktie yang sedang sibuk membelek document yang aku bagi terkejut memandang aku tepat2 kat muka aku… aku buat “senin” jelah kat situ… “Ishh…..” tak sempat pun dia nak habiskan ayat dia… aku dah potong dulu sambil keluar dari bilik tu… “… lah, takkan tak tahu… i ni kan memang handsome orangnya” aku menjeling ke arahnya.. dan dia memandang ke arahku tanpa sempat berkata2…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s