Kisahnya : Handbag and Necktie

AKU… seorang ibu tunggal beranak dua kematian suami tercinta 2 tahun yang lalu. Aku sentiasa broke, bak kata “Mama Vouge” .. “Dah lah tengah belajar, ibu tunggal pulak tu!” Adeh… penuh kesedihan je bunyinyer kan?? Tapi itulah hakikat hidup ini… atau kini lebih dikenali dgn nama “HANDBAG”.

DIA… orang yang sentiasa berada di depan mataku.. kalau dia tak nampak aku, mesti dia boleh “meroyan” menghantar sarcastic texts mencari aku kat mana… sampaikan pergi solat pun, kalau terlupa nak bagitau, mesti dicarinya. Rimas hidup dgn dia ni… Bujang (means tak pernah kawin, ok), pandai melayan dan kaya… (10 years older than me). Ada rupa juga orangnya, badanpun… not-bad-try-again, cuma….. pendek… (hopefully, he’s not following me — boleh perang dingin nanti — and that will be the most annoying part of my life). He’s the most eligible bachelor here. So paham2 jelah.. pompuan dia yang setia (which really menguji kesabaran aku) ada 2 orang (Ms. Panjang and Cik Perasan). Macammana-macammana pun, DIA ni sebenarnya berhati mulia… tapi biasalah manusia ade anginnya… lagi2 bila “overdue” gitukan? Apa kata kat sini kita panggil DIA… “NECKTIE”

Kisah kami bermula apabila NECKTIE mengambil alih syarikat tempat aku bekerja.. (tak payahlah cakap syarikat ape…) Orangnya pada mulanya seorang yang sangat pendiam dan mysterious..(Waahhh… bahasa). Ramailah juga yang bertanya akan gerangan empunya empayar… mulanya aku sengeh2 malas nak layan juga, tapi bila dah hari2 kat musollah tu orang dok acu soalan yang sama, aku pun akhirnya bersuara lah tentang status majikan aku yang sorang ni.

Dari hari ke hari NECKTIE semakin disenangi ramai. Dan kerana sikapnya yang suka mendengar dan easy going, adalah beberapa gadis2 yang sangat daring memberanikan diri untuk keluar dengannya. Kadang kala kedengaran juga ajakan gadis2 itu ditolak mentah2. Dan adakalanya kedengaran juga NECKTIE menerima pelawaan mereka… Bagi aku, lantaklah! Asalkan kau tak paksa aku ikut kau pegi mana2 sudah. Kerja aku bermula dengan kau dari jam 8.30pagi dan selesai jam 5.30petang, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, 8jam sehari… FULL STOP!!!

Dan aku “HANDBAG” pula… sebagai seorang pelajar separuh masa, aku memanglah tak suka pakai handbag… hari2 aku usung bag kain “Handmade” ok… yang aku beli dari seorang kenalan lama. Tapi suatu hari nasib aku sangat baik, kakak ku yang bekerja di NYC telah menghadiahkan sebuah Handbag COACH, dan kemudiannya kalau tak silap pada Valentines Day aku dapat handbag PRADA dan COACH dari seorang kawan… kawan je ok… (Bak kata abang aku… “Prada tu je dah 3 ke 4 ribu satu, dapat Coach cantik lagi.. itu kurang2 pun 2 ribu) Aku sengeh je… dalam hati… Alhamdulillah, rezeki Allah. Aku pun tak pernah termimpi untuk pakai handbag mahal, sebab aku selesa dgn beg kain aku tu. Boleh basuh bila dah kotor, itu yang penting…

SUATU hari… dihari yang extremely busy for NECKTIE (sebab dia ade back-to-back long meetings) dan masa tu jugalah aku yang sepatutnya boleh bersenang lenang kat tempat (tapi malangnya… aku ade deadline assignment nak hantar) dah sama sibuk dgn NECKTIE rupanya hari tu. Aku terlihat kelibatnya dengan muka yang sangat2 stress keluar dari bilik meeting. Aku cuma tersenyum melihat wajah stress itu.. 🙂 (Ok, what? at least aku nak gak senyum kat dia, dia? pandang aku pun tidak?) Sebab dah terbiasa dengan keadaan tu, aku pun teruskan mengetuk keyboard menyiapkan assignment yang entah bila nak siap gamaknya…

DENGAN lekanya aku dalam dunia assignment ku itu, tetiba NECKTIE bersuara “You rasakan, tie yang I pakai hari ni cantik tak?” Aku yang terkejut ni tergamam memandangnya… Dalam hati aku pulak berkata “Tie? ok je dgn baju ko tu yang cantik! Favourite colour aku… putih, lavender and dark purple” Malangnya…. mulut takde insurance aku ni plak menjawab, “…tie tu cantik sebab mahal, baju tu cantik sebab it’s my favourite colors… but you look handsome with spectacle today.. you look…. wiser..” aku senyum maintain memikirkan mulut aku yang celupar itu… mana ade pekerja yang boleh cakap mcm tu.. main sedap mulut aje.. aduhai.. ni kalau angin tengah tak baik, mau aku kena bambu ni… Dia memandang tepat ke arah mataku… lalu menjeling beg tangan yang ku letakkan di atas meja (bukan nak menunjuk, aku baru lepas balik solat, tak sempat nak masukkan beg make up tadi dalam beg tangan sebab dapat tangkap office boy — nak suruh antar surat urgent keluar — itu aje). Tanpa mengendahkan aku, dia berkata “WoW! hari ni ade orang bawa “PRADA” pegi kejelah” Akupun sentap sekejap…Alahai… malunya… cakap kuat plak tuh…

AKU ni terkenal dengan kesibukan sebagai seorang ibu tunggal, pelajar dan anak mak ayah aku (sebab aku je yang masih tinggal dgn mak ayah aku), aku nak gak jadi mcm kengkawan aku yang lain kat sini. Diorang seme ade blog. Tiap2 hari citer pasal blog diorang… aku asyik dok citer pasal assignments aku yang sgtlah membosankan itu… Suatu hari aku mencadangkan kepada MJ, tentang niat aku untuk memiliki blog seperti kengkawan yang lain. [MJ aka suatu masa dahulu persis Kim Kardashian… (WoW! Sungguh orangnya)] MJ pun mencadangkan 10 nama2 hebat kepada aku… (hahah.. aku sebenarnya malas nak pikir) dan aku cukup berkenan dengan nama “HandbagandNecktie”. Bila aku tanya MJ apa maksud “HandbagandNecktie” tu?, dgn selamba dan ceria MJ menjawab… “Handbag” tu kaulah, sebab kau ade handbag mahal… “NECKTIE” tu “orang dalam bilik tu lah” sebab hari tu aku terdengar “conversation sweet korang” masa dia tengah kacau kau buat assignment.. dia sibuk suruh kau tengok necktie dia… tapi aku tak rasa masa tu dia nak sangat cakap pasal necktie yang sangat cantik dan mahal tu… DIA SEBENARNYA NAK KAU PANDANG DIA… itu aje…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s