Aku Bangun Lambat

SEMALAM adalah antara hari-hari yang memenatkan otak dan badan nih… adehh… penatnya. Sebagai seorang pekerja yang berdedikasi (konon… ;p), seorang pelajar yang selalunya blurr dalam class, seorang ibu tunggal yang extremely busy and seorang anak yang sedaya upaya nak jadi anak yang baik… aku “jem” dengan assignments yang melambak. Tapi aku dah explained kat mak and anak-anak (sebab aku tinggal dengan mak ayah aku).. yang aku nak kene juga siapkan assignment aku yang satu ni. esok submission lah katakan…

 

AKU dok buat assignment sampailah pukul 9 mlm. sampai rumah dah 9.30 mlm. aduhhhh… penatnya badan. sampai rumah, dah nak layan anak2 pulak.. nasib baik tak ramai… dua je… mak pun dah tidur, ayah pun dah rehat2 sambil tengokkan “Lil’Heroes” buat drawing and colouring. sangat cantik. tajuk drawing “dark sea” (nantilah bila senang, aku upload).

 

LEPAS siap segala untuk anak2 and diri aku, aku pun konon nak tidur lah… dah “Lil’Heors” ajak borak2 and main2 dulu… (Like what of them like to say “Ibu, it’s not easy for us to let you sleep, OK?… Can you play with us before we go to bed, PLEASE?) lagilah aku penat. tapi ku turutkan juga. Dengar cerita diorang untuk hari ni… dari pagi sampailah ke malam… aku pun tak sedar pukul berapa aku tertidur… tapi yang pentingnya masa aku tanya diorang “dah solat isya’ ke belum?” (masa tu dah pukul 10.45mlm, Dua-dua jawab “belum” – – kene tunggu diorang solat lagi)…

 

SEDAR-sedar pagi tadi, aku jengah tingkap awan dah terang menderang… OMG…. IBU DAH LAMBAT… IBU DAH LAMBAT!!! I need to go to work now sayang… jam dah pukul 8.30am. Bukan subuh gajah… subuh dinasour terus. Kelam kabut aku. Capai je baju and tudung yang tak gosok — 10 minit dah siap. “Lil’Heroes” pun dah bangun, and tengah duduk-duduk dengan Wan (mak aku). Aku salam tangan mak, cium ubun2 mak, (ayah entah mana, aku tak sure), “Lil’Heroes” pun start berebut nak peluk + cium aku… and normally aku akan bisikkan kat telinga diorang “…ibu and ayah love you sooo mmmmuchh.. semoga jadi anak yang soleh” sebelum aku keluar rumah.

 

ADUH… Sengalll…. Jalan jem lah pulak… ke aku yang salah masuk jalan..? Bosan punya pasal, dalam jem, aku pun capai phone antik aku to check my emails + texts… HARRRAAAMMMM…. berderau darah aku dapat 3 texts from the office… semelah cari aku masa ni. Salah satu daripadanya dari “Most Eligible Bachelor”… apalah “hantu” ni nak dari aku lagi.. semalam kata cuti.. cuti je lah.. sibuk betul hidup nih…. menggigil juga nak buka text dia.. (takut dia cari.. bukannya ape) Laaa… rupanya suruh aku belikan balang kaca lagi… suka sangatlah dengan balang kaca yang aku belikan untuk dia suatu masa dulu…

 

SAMBIL tersengguk2 driving, aku pun balaslah texts semua orang yang text aku.. (jangan tiru ni.. bahaya!!!) Sedar2 sampai juga kat office… aku sengeh je kat semua orang.. hahahah…  Almost 9.45am baru aku duduk kat tempat aku… lepas tu aku termalu sendiri… 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s