MJ Cakap Ko ensem ari ni

Hari ni aku lambat lagi pegi kerja. seb baik sebab semalam anak aku yang kecil jatuh masa buat diving ala Pandalela Renong (betul tak nama budak tu aku eja kat sini). So, ade alasanlah dia tak payah pergi sekolah. Tersagat sikit je lutut dia tu. Tapi biasalah “drama” nyer lebih. Jadi hari ni aku isytiharkan hari cuti sedunia untuk dia… Seronoklah dia.

Hhhhmmm…. berbalik pada citer Necktie ni.. aku sampai ofc tepat2 jam 8.30 pagi. tak sempat lah nak minum air ke ape, terus kejar pintu bilik si Pendek ni… boleh tahu dia dah ade dalam bilik ke tak? dia tidur ke or tengah baca newspapers… (Betapa efficient nye aku… sampai boleh agak ape dia buat kat dalam bilik tu) — sebenarnya boleh intai dari luar, tapi kena tahu caranya, walaupun langsir bilik tu tertutup rapat. Kalau dia tidur, dia memang suka tidur kat langsir membelakangkan “workstation” aku. so, boleh nampak bayang2 kepala dia kat belakang langsir tu. itu je sebenarnya pun… tak lah hebat mana pun si Pendek ni…

Sebelum masuk bilik dia, aku akan baca “Bismillah banyak2″… takut tetiba kene terjah sebab ganggu dia kat dalam bilik. Memang orang kat luar bilik semua tahu, bila aku nak masuk je, mcm ala2 menjampi… Mood si Pendek ni kadang2 unpredictable.. maklumlah orang dah “overdue”… kali ni aku tak cakap banyak, terus je masuk, ambil jug + glass kosong dia, beredar dari situ. Bila keperluan si Pendek ni dah selesai, aku pun baru boleh buat kerja lain. itulah antara tugasan harian aku di pagi waktu…

Tengah aku sibuk2 buat kerja tetiba terlanggar MJ yang pun sibuk dgn routine hariannya… terus MJ sound aku… “Weyh, kak… aku tengok Pendek ko tu ensem pulak ari ni…” Aku pun macam haram je menjawab “Iye ke? tak perasan pulak… nanti aku bagitau dia.. tengok dia punya response.. “Janganlah kak… nanti ko ni bukannya betul, ko sebut nama aku, malulah aku..” MJ merungut… “Ala… ape sangatlah kalau kita2 ni yang cakap dia tu ensem… dia tak pandang pun kita…” aku memenangkan MJ.

Documents yang diminta olehnya pun aku dah siapkan. Masuk saje dalam bilik dia, aku terus cakap “Boss, ramai orang cakap you handsome hari ni, betul ke?” — lepas tu baru aku terpikir… “Alamak, ayat tak boleh blah betul.. mesti kene kejap lagi”… Necktie yang sedang sibuk membelek document yang aku bagi terkejut memandang aku tepat2 kat muka aku… aku buat “senin” jelah kat situ… “Ishh…..” tak sempat pun dia nak habiskan ayat dia… aku dah potong dulu sambil keluar dari bilik tu… “… lah, takkan tak tahu… i ni kan memang handsome orangnya” aku menjeling ke arahnya.. dan dia memandang ke arahku tanpa sempat berkata2…

Kisahnya : Handbag and Necktie

AKU… seorang ibu tunggal beranak dua kematian suami tercinta 2 tahun yang lalu. Aku sentiasa broke, bak kata “Mama Vouge” .. “Dah lah tengah belajar, ibu tunggal pulak tu!” Adeh… penuh kesedihan je bunyinyer kan?? Tapi itulah hakikat hidup ini… atau kini lebih dikenali dgn nama “HANDBAG”.

DIA… orang yang sentiasa berada di depan mataku.. kalau dia tak nampak aku, mesti dia boleh “meroyan” menghantar sarcastic texts mencari aku kat mana… sampaikan pergi solat pun, kalau terlupa nak bagitau, mesti dicarinya. Rimas hidup dgn dia ni… Bujang (means tak pernah kawin, ok), pandai melayan dan kaya… (10 years older than me). Ada rupa juga orangnya, badanpun… not-bad-try-again, cuma….. pendek… (hopefully, he’s not following me — boleh perang dingin nanti — and that will be the most annoying part of my life). He’s the most eligible bachelor here. So paham2 jelah.. pompuan dia yang setia (which really menguji kesabaran aku) ada 2 orang (Ms. Panjang and Cik Perasan). Macammana-macammana pun, DIA ni sebenarnya berhati mulia… tapi biasalah manusia ade anginnya… lagi2 bila “overdue” gitukan? Apa kata kat sini kita panggil DIA… “NECKTIE”

Kisah kami bermula apabila NECKTIE mengambil alih syarikat tempat aku bekerja.. (tak payahlah cakap syarikat ape…) Orangnya pada mulanya seorang yang sangat pendiam dan mysterious..(Waahhh… bahasa). Ramailah juga yang bertanya akan gerangan empunya empayar… mulanya aku sengeh2 malas nak layan juga, tapi bila dah hari2 kat musollah tu orang dok acu soalan yang sama, aku pun akhirnya bersuara lah tentang status majikan aku yang sorang ni.

Dari hari ke hari NECKTIE semakin disenangi ramai. Dan kerana sikapnya yang suka mendengar dan easy going, adalah beberapa gadis2 yang sangat daring memberanikan diri untuk keluar dengannya. Kadang kala kedengaran juga ajakan gadis2 itu ditolak mentah2. Dan adakalanya kedengaran juga NECKTIE menerima pelawaan mereka… Bagi aku, lantaklah! Asalkan kau tak paksa aku ikut kau pegi mana2 sudah. Kerja aku bermula dengan kau dari jam 8.30pagi dan selesai jam 5.30petang, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, 8jam sehari… FULL STOP!!!

Dan aku “HANDBAG” pula… sebagai seorang pelajar separuh masa, aku memanglah tak suka pakai handbag… hari2 aku usung bag kain “Handmade” ok… yang aku beli dari seorang kenalan lama. Tapi suatu hari nasib aku sangat baik, kakak ku yang bekerja di NYC telah menghadiahkan sebuah Handbag COACH, dan kemudiannya kalau tak silap pada Valentines Day aku dapat handbag PRADA dan COACH dari seorang kawan… kawan je ok… (Bak kata abang aku… “Prada tu je dah 3 ke 4 ribu satu, dapat Coach cantik lagi.. itu kurang2 pun 2 ribu) Aku sengeh je… dalam hati… Alhamdulillah, rezeki Allah. Aku pun tak pernah termimpi untuk pakai handbag mahal, sebab aku selesa dgn beg kain aku tu. Boleh basuh bila dah kotor, itu yang penting…

SUATU hari… dihari yang extremely busy for NECKTIE (sebab dia ade back-to-back long meetings) dan masa tu jugalah aku yang sepatutnya boleh bersenang lenang kat tempat (tapi malangnya… aku ade deadline assignment nak hantar) dah sama sibuk dgn NECKTIE rupanya hari tu. Aku terlihat kelibatnya dengan muka yang sangat2 stress keluar dari bilik meeting. Aku cuma tersenyum melihat wajah stress itu..🙂 (Ok, what? at least aku nak gak senyum kat dia, dia? pandang aku pun tidak?) Sebab dah terbiasa dengan keadaan tu, aku pun teruskan mengetuk keyboard menyiapkan assignment yang entah bila nak siap gamaknya…

DENGAN lekanya aku dalam dunia assignment ku itu, tetiba NECKTIE bersuara “You rasakan, tie yang I pakai hari ni cantik tak?” Aku yang terkejut ni tergamam memandangnya… Dalam hati aku pulak berkata “Tie? ok je dgn baju ko tu yang cantik! Favourite colour aku… putih, lavender and dark purple” Malangnya…. mulut takde insurance aku ni plak menjawab, “…tie tu cantik sebab mahal, baju tu cantik sebab it’s my favourite colors… but you look handsome with spectacle today.. you look…. wiser..” aku senyum maintain memikirkan mulut aku yang celupar itu… mana ade pekerja yang boleh cakap mcm tu.. main sedap mulut aje.. aduhai.. ni kalau angin tengah tak baik, mau aku kena bambu ni… Dia memandang tepat ke arah mataku… lalu menjeling beg tangan yang ku letakkan di atas meja (bukan nak menunjuk, aku baru lepas balik solat, tak sempat nak masukkan beg make up tadi dalam beg tangan sebab dapat tangkap office boy — nak suruh antar surat urgent keluar — itu aje). Tanpa mengendahkan aku, dia berkata “WoW! hari ni ade orang bawa “PRADA” pegi kejelah” Akupun sentap sekejap…Alahai… malunya… cakap kuat plak tuh…

AKU ni terkenal dengan kesibukan sebagai seorang ibu tunggal, pelajar dan anak mak ayah aku (sebab aku je yang masih tinggal dgn mak ayah aku), aku nak gak jadi mcm kengkawan aku yang lain kat sini. Diorang seme ade blog. Tiap2 hari citer pasal blog diorang… aku asyik dok citer pasal assignments aku yang sgtlah membosankan itu… Suatu hari aku mencadangkan kepada MJ, tentang niat aku untuk memiliki blog seperti kengkawan yang lain. [MJ aka suatu masa dahulu persis Kim Kardashian… (WoW! Sungguh orangnya)] MJ pun mencadangkan 10 nama2 hebat kepada aku… (hahah.. aku sebenarnya malas nak pikir) dan aku cukup berkenan dengan nama “HandbagandNecktie”. Bila aku tanya MJ apa maksud “HandbagandNecktie” tu?, dgn selamba dan ceria MJ menjawab… “Handbag” tu kaulah, sebab kau ade handbag mahal… “NECKTIE” tu “orang dalam bilik tu lah” sebab hari tu aku terdengar “conversation sweet korang” masa dia tengah kacau kau buat assignment.. dia sibuk suruh kau tengok necktie dia… tapi aku tak rasa masa tu dia nak sangat cakap pasal necktie yang sangat cantik dan mahal tu… DIA SEBENARNYA NAK KAU PANDANG DIA… itu aje…

Air Cincau Selasih

SELAMA hidup, aku memang tak suka minum air yang dijual di tepi jalan. Entah kenapa pun aku tak pasti. Segalanya berubah apabila aku ikut kawan aku “Adeline” ke Pasar Jumaat – waktu lunch” kat belakang office aku…

MULANYA terasa janggal juga nak beli air tu, tapi Adeline asyik lah dok cakap “Sedap… sedap sgt air ni… lagi2 lah musim panas mcm ni. Air ni menyejukkan badan..” Haruslah sekarang ni musim panas and perlukan air yang boleh jadi agen cooling untuk badan yang mcm demam tak demam ni. Then aku teringat seorang kenalan berbangsa cina pernah pesan, “Kalau you rasa2 badan mcm nak demam.. makan cincau, or minum air cincau, badan boleh rasa lega sikit…” Apa lagi, aku pun minta secawan juga… nak rasa konon….

AKU rasa kejadian tu dah lebih dua bulan, tapi… sampai hari ni… tiap kali Jumaat tiba, dari pagi lagi aku dah set minda.. “NAK PEGI BELI AIR CINCAU SELASIH..”

Hehehe…😉

Aku Bangun Lambat

SEMALAM adalah antara hari-hari yang memenatkan otak dan badan nih… adehh… penatnya. Sebagai seorang pekerja yang berdedikasi (konon… ;p), seorang pelajar yang selalunya blurr dalam class, seorang ibu tunggal yang extremely busy and seorang anak yang sedaya upaya nak jadi anak yang baik… aku “jem” dengan assignments yang melambak. Tapi aku dah explained kat mak and anak-anak (sebab aku tinggal dengan mak ayah aku).. yang aku nak kene juga siapkan assignment aku yang satu ni. esok submission lah katakan…

 

AKU dok buat assignment sampailah pukul 9 mlm. sampai rumah dah 9.30 mlm. aduhhhh… penatnya badan. sampai rumah, dah nak layan anak2 pulak.. nasib baik tak ramai… dua je… mak pun dah tidur, ayah pun dah rehat2 sambil tengokkan “Lil’Heroes” buat drawing and colouring. sangat cantik. tajuk drawing “dark sea” (nantilah bila senang, aku upload).

 

LEPAS siap segala untuk anak2 and diri aku, aku pun konon nak tidur lah… dah “Lil’Heors” ajak borak2 and main2 dulu… (Like what of them like to say “Ibu, it’s not easy for us to let you sleep, OK?… Can you play with us before we go to bed, PLEASE?) lagilah aku penat. tapi ku turutkan juga. Dengar cerita diorang untuk hari ni… dari pagi sampailah ke malam… aku pun tak sedar pukul berapa aku tertidur… tapi yang pentingnya masa aku tanya diorang “dah solat isya’ ke belum?” (masa tu dah pukul 10.45mlm, Dua-dua jawab “belum” – – kene tunggu diorang solat lagi)…

 

SEDAR-sedar pagi tadi, aku jengah tingkap awan dah terang menderang… OMG…. IBU DAH LAMBAT… IBU DAH LAMBAT!!! I need to go to work now sayang… jam dah pukul 8.30am. Bukan subuh gajah… subuh dinasour terus. Kelam kabut aku. Capai je baju and tudung yang tak gosok — 10 minit dah siap. “Lil’Heroes” pun dah bangun, and tengah duduk-duduk dengan Wan (mak aku). Aku salam tangan mak, cium ubun2 mak, (ayah entah mana, aku tak sure), “Lil’Heroes” pun start berebut nak peluk + cium aku… and normally aku akan bisikkan kat telinga diorang “…ibu and ayah love you sooo mmmmuchh.. semoga jadi anak yang soleh” sebelum aku keluar rumah.

 

ADUH… Sengalll…. Jalan jem lah pulak… ke aku yang salah masuk jalan..? Bosan punya pasal, dalam jem, aku pun capai phone antik aku to check my emails + texts… HARRRAAAMMMM…. berderau darah aku dapat 3 texts from the office… semelah cari aku masa ni. Salah satu daripadanya dari “Most Eligible Bachelor”… apalah “hantu” ni nak dari aku lagi.. semalam kata cuti.. cuti je lah.. sibuk betul hidup nih…. menggigil juga nak buka text dia.. (takut dia cari.. bukannya ape) Laaa… rupanya suruh aku belikan balang kaca lagi… suka sangatlah dengan balang kaca yang aku belikan untuk dia suatu masa dulu…

 

SAMBIL tersengguk2 driving, aku pun balaslah texts semua orang yang text aku.. (jangan tiru ni.. bahaya!!!) Sedar2 sampai juga kat office… aku sengeh je kat semua orang.. hahahah…  Almost 9.45am baru aku duduk kat tempat aku… lepas tu aku termalu sendiri…🙂